Thursday, June 18, 2009

Kenapa Anda Perlu Mempunyai Akaun Facebook Untuk Bisnes Anda

Posted by Zamri Nanyan May 26, 2009


Bila disebut perkataan "Social Network", pasti anda akan terbayang laman web seperti myspace, friendster, forum dan sebagainya.

Facebook juga adalah salah satu laman web yang dikategorikan sebagai laman "social network" di mana anda boleh menggunakan laman web ini untuk berinteraksi secara langsung atau meninggalkan email atau komen di halaman utama akaun Facebook
anda atau rakan anda.

Kebanyakan pengguna Facebook mungkin menganggap Facebook adalah sebuah laman web untuk berinteraksi dengan rakan-rakan dan kenalan baru sahaja dan tidak
lebih daripada itu.

Tanggapan ini adalah salah.

Facebook boleh digunakan untuk perlbagai tujuan.

1) Facebook sebagai pembina kredibiliti

Di dalam perniagaan internet, terlalu ramai penipu yang menyatakan bahawa mereka menjalankan bisnes yang tulen walhal anda tidak pernah berjumpa atau pun berinteraksi dengan mereka sekali pun. Jika anda lakukan carian di Google pun, anda tidak akan
dapat menyahihkan ketulenan perniagaan mereka.

Tetapi jika anda mempunyai akaun Facebook yang anda selalu kemaskini dari masa ke semasa, anda sebenarnya memberikan keyakinan kepada bakal pelanggan anda bahawa anda menjalankan bisnes yang tulen dan tidak cuma berselindung di sebalik laman web jualan yang
statik.

2) Facebook sebagai pembina jaringan bisnes

Apabila disebut jaringan, ianya tidak bermaksud 'network marketing' atau program berbilang tingkat. Ianya bermaksud jaringan rakan-rakan bisnes yang mempunyai pemikiran yang sama untuk membina satu kumpulan yang saling membantu satu sama lain.

Sebagai contoh, anda boleh membina kumpulan atau ( 'groups') di mana fungsinya ialah untuk menarik sesuatu kumpulan yang berminat untuk sesuatu subjek untuk berkumpul dan berinteraksi antara satu sama lain. Sekiranya anda membina kumpulan yang berunsurkan
bisnes, besar kemungkinan anda juga akan menarik minat usahawan dan peniaga lain untuk menyertai kumpulan anda.

3) Facebook Sebagai Medium Untuk Memasarkan Produk

Sebenarnya ada banyak cara anda boleh memasarkan produk atau servis anda melalui Facebook. Cara paling mudah ialah dengan meletakkan pautan (link)
ke laman web anda di bahagian "Link" atau taipkan sahaja di ruangan "What's on your mind?".

Walaubagaimanapun, sekiranya anda sentiasa meletakkan link sahaja di bahagian yang saya berikan di atas tanpa memberikan sumbangan maklumat yang lain, mungkin
cara pemasaran anda akan menjadi kurang efektif. Jadi, selang selikan iklan anda dengan maklumat lain yang tidak berbau iklan di bahagian yang saya sebutkan di atas.

Satu cara pemasaran lagi ialah dengan menggunakan kolum "Advertise" yang membolehkan anda meletakkan link, gambar dan juga deskripsi produk atau servis
yang anda tawarkan. Ebook "Panduan Facebook Ads"menceritakan cara pemasaran ini dengan lebih lanjut.

Membina aplikasi untuk orang lain juga boleh dijadikan alat untuk pemasaran viral yang dapat
menarik lebih ramai orang ke laman web anda dan seterusnya menjadi pelanggan produk atau servis anda. Cara ini memang digemari oleh usahawan internet yang inginkan pemasaran mereka berjalan secara autopilot (atau kendali sendiri).

Walaupun saya cuma berikan beberapa contoh di sini sahaja, namun dengan sedikit kreativiti anda, anda boleh mempelbagaikan lagi cara memasarkan produk anda di Facebook.

Menggunakan Facebook boleh menjadikan anda ketagih untuk terus melayari dan berinteraksi di laman web tersebut. Namun begitu, saya amat menyarankan anda untuk mempelajari bagaimana anda boleh juga boleh menghasilkan pendapatan daripadanya.

Beberapa sumber bacaan tempatan di bawah mampu membantu anda memulakan langkah untuk menjadikan Facebook sebagai sumber pemasaran.

1) Buku "Rahsia Pemasaran Facebook" oleh Nasrul Amri Samsudin yang anda boleh dapati di kedai-kedai buku tempatan

2) Ebook "Panduan Facebook Ads" oleh Richie di
http://www.BisnesDigital.com/panduanFBA.php

3) Ebook terbaru Richie, "Kuasa Viral Facebook" yang mengajar bagaimana anda boleh membina aplikasi Facebook dengan mudahnya untuk tujuan pemasaran di
http://www.BisnesDigital.com/kuasaVFB.php



Selamat maju jaya

Zamri Nanyan

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www1.BisnesDigital.com untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.

No comments:

Post a Comment

Thanks a lot ...blog ni masih dalam pembinaan lg TQ..